25 Julai 2008

Stickers

Percuma Sticker Tshirt untuk "Tawau Bloggers Unity", diperbuat daripada T-shirt Transfer, cadang mahu buat banyak tapi disebabkan oleh t-shirt transfer yang tersangatlah mahalnya, jadi hanya 4 Biji sahaja yang termampu. iaitu 2 Besar & 2 Kecil. so kepada sesiapa yang mahu boleh reply mesej ni, siapa cepat dia dapat.

sample logo diatas setelah di sterika di baju. Yang ni aku buat suka2 sahaja saiz terlalu besar.

24 Julai 2008

Kerja Kosong!

ada sesiapa amoi yang terror komputer & sanggup kerja malam!
diperlukan segera.

Kerja: Jurujual Komputer & Accessories
Tempat: 1st Floor Tai Yang Computers & Electronics
Telepon: 089-752080
Gaji : Bincang dengan bigbos mengikut kemahiran. "around RM 500+"
Latar Belakang Pekerjaan: Kerja sangat mudah macam jual ubat gigi, cuma explain dengan
customer, kalau tiada customer boleh main tenet!

Kenapa amoi sebelum ini berenti?
Kerja dengan BoiFren di fajar

Sabah Tanah Airku



Masih ingat lagi time skolah dulu lagu nilah yang slalu dinyanyikan time perhimpunan, & masa tu jugalah banyak gaya & telatah pelajar2 kita bleh lihat semasa menyanyikannya.

Yang aku tidak dapat lupakan bila member aku tertangkap, tidak bernyanyi bersama time perhimpunan, kena denda oleh cikgu bernyanyi didepan dengan muka yang pucat :)
hahahaha... kini itu hanya tinggal kenangan

Persoalannya sekarang adakah kita pernah menyanyi lagu ini selepas kita menghabiskan alam persekolahan?,terus terang Aku sendiri memang tidak pernah menyanyikannya, bahkan bait2 liriknya juga aku sudah lupa...

Lagu ini bukan sahaja menunjukkan kepatriotikan kita bahkan didalam bait2 liriknya mempunyai nilai yang perlu kita jaga. contohnya SABAH TANAH AIRKU terlalu luas maksudnya, namun kesimpulanya yang kita boleh ambil ialah Sabah adalah tanah air kita, tanah tumpah darah kita, oleh itu ia sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya.

Poster credit by: Mudeen

21 Julai 2008

Acer Aspire One



Kesian incik Asus Eeepc baru saja keluar sudah ada pesaingnya, yang aku kesian ada seorang customer cina dia baru beli 3 hari dah nak trade-in.

laptop ni didatangkan khas dengan linux, tapi kitorang oprate jadikan windows XP, driver jangan crita, segala CD acer di try tapi semuanya hamperrr, then last2 jumpa di uncle google. menurut puan kastumer yang datang membeli kelmarin, dorang sudah servey di Tony.com tapi durang di beri tahu bahawa laptop ni hanya ada windows XP pada bulan 9 nanti. hihihih.. ini satu perkembangan baik untuk kami membolot harta daripada menjual laptop Aspire one dengan os XP.

Laptop ni cantik & mulus seperti Britney Spear ketika masih dara :), tapi yang problemnya time install windows punyalah lama :(, lepas tu first time on memang lambat macam kura-kura tapi lepas storage warming baru ada wokey skit.

Harga Kedai runcit RM1399 + Install windows XP Pirates Editions RM 50 {Sumber kekayaan} =RM 1449, kepada incik2 & puan2 yang berminat untuk memiliki laptop ini silalah berfikir panjang dan please dong! ambil kira penggunaannya untuk mengelakkan rasa tidak puas hati terhadapat jiwa & batin incik2 & puan2, sekian terima kasih.

untuk mendapatkan drivernya cukup senang hanya memerlukan setin Vanilla coke+keropok potato lepas itu bolehlah download disini

17 Julai 2008

Projek Pembinaan Surau SK Bukit Selarong



Walaupun pembinaan Surau bukanlah di tawau tetapi sebagai umat islam masalah ini adalah masalah bersama apatah lagi ia melibatkan rumah ibadat.

Kepada sesiapa yang bermurah hati boleh menghubungi atau datang sendiri ketempat yang berkenaan dibawah ini;-

Tempat:
Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong, Kedah D.A


Sumbangan Dana Boleh Disalurkan Melalui:
BENDAHARI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK BUKIT SELARONG No akaun: 02030002120-71-9



Sumbangan tuan/puan adalah amat diharapkan untuk meningkatkan lagi syiar islam, terutamanya kepada murid-murid sekolah berkenaan.

Tokey bila mau gathering lagi


setelah sekian lama dak gathering iaitu baru bulan lalu dengan ini saya ingin mecadangkan kepada encik Alwis selaku tokey porno kalau berani buat gatheringlah lagi. ya itulah cabaran baru yang perlu dijawab secepat mungkin.

hari ini ada mission baru yang perlu diselesaikan iaitu mencari driver acer aspire one. yang baru sampai kelmarin. ada sesiapa tahu dimana mo download!

3 Julai 2008

aku Meluat By PAUSMANI TIMBANG

uhu... uhu.. hari ni aku dapat satu email yang kurang senang dengan blogger tawau, blur jugaklah napa plak budak seekor ni tiba2 send email di inbox aku :) eheheh.. mybe dia kurang senang kot dengan blogger tawau atau atlispun dia cemburu wakakakaka..

rmmm... terlebih dahulu, saya sebenarnya bukan nak mengata- lah kan, saya pun asal tawau juga... tapi saya sudah melakukan tinjauan terhadap beberapa blog - blog anda semua... saya jadi rasa meluat...
sebarkan dengan semua ahli blog anda semua, jangan jadi hantu internet, sembang perkara yang remeh dan tidak berguna, buat sesuatu yang berguna.... jangan jadikan diri anda meluat pada orang lain....
saya meluat dengan...
cara anda semua, penggunaan bahasa, memalukan... di MALAYSIA ni, tidak ada istilah bahasa tawau atau bahasa apa pun, kita berdiri dibawah satu naungan bahasa MELAYU, dan hidup dalam rumpun melayu... fahammmm...
saya meluat dengan anda semua....


harap budak seekor ni insaf isk isk..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons