
Wei meleleh air liurku tengok ni DSLR, aku perlukan ni benda untuk menangkap gambar-gambar buat entry. menurut member aku yang memang seorang tokey kedai gambar, harga Nikon DSLR D40 dalam RM 1200 untuk harga kawan-kawan tapi kalau harga dipasaran around RM 1500. Manakala nikon DSLR D40X around RM 1890 untuk harga kawan dan harga pasaran dalam 2K lebih. ada sesiapa tahu harga pasaran gelap yang sumbernya halal?
Bigboss offer Canon EOS Digital 450D EF-18-55I RM 2700 Tapi aku tak perlukan DSLR yang sebegini mahal, sebab benda ni cepat sangat turun harga. seperti juga komputer sebulan atau 2 bulan akan datang, harga pasti berubah. Kalau boleh aku mahu yang sederhana sahaja dan berkualiti seperti Nikon D40.
Menurut Member aku yang memang pro tentang SLR ni, Nikon memang yang paling baik jika di bandingkan dengan SLR jenama lain, sebab Nikon ni memang tertumpu kepada pembuatan kamera sahaja, so dorang betul2 jaga reputasi dan kualiti keluaran dorang.
Harap-harap sebelum tahun baru aku dapat beli camera ni, Insya Allah :)
Aku perlukan DLSR
Tips mengenali wanita -Khas untuk lelaki
1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya
dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan
kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang
amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang
mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala
pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah
perempuan
2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang.
Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan
khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan
bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat
berharga dan begitu bahagia menerimanya.
3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat
mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu
penting dalam diri kamu dan diperlukan
4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat
penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap
tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat
'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan
dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan
meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya.
Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah
masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!
6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka
dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.
7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka
berhak mendapat pujian.
8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan
berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam
membuat keputusan.
9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah
perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa
yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan
memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah
peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan
timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang
mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.
TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa
dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab
mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran,
toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan
ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri
kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka
cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Taufiq
Tempat: Tawau Seafood Restaurant
Hari: Isnin 22 September 2008
Masa: 5.30 petang
Pedapp
pedapp aku hari ini dari rumah lagi aku plan mo donlod themes wordpress tapi streamyx plak slow tahap kura-kura. semua hajatku tergendala disebabkan oleh streamyx.ideaku yang mencurah-curah macam air hujan turun dari langit semuanya hilangg..
Cerita pasal semalam,
aku sempat menghayal dengan domain+hosting baruku. Dalam khayalanku tentang domain sempat plak melencong pergi tempat lain.. isk isk..
Sekarang ni streamyx sudah meningkatkan kelajuannya namun kenkadang slow balik. jadi aku tidak boleh meneruskan misiku untuk mendolod.
romzi.com
akhirnya aku telah menregister romzi.com dengan rasa konfiden :) dan akan meletakkan blog tersebut dengan cik wordpress beserta dengan themes yang tengah aku godek2 dalam localhost.
terima kasih kepada incik sankai.org kerana telah membayarkan domain+hosting ini dengan menggunakan akaun onlinenya.
nantikan kemuculannya yang anggun lagi berseri-seri di www.romzi.com
lepas ni jangan kutuk2 ahhh pakai blogspot.com :)
blog ni akan di selia seperti biasa.
tulis Al-Quran Dalam Office 2003
Hari ni satu cabaran yang amat getir aku telah tempuhi iaitu, seorang kastumer ingin menulis ayat ayat Al-quran dalam Microsoft word. First tu aku dengan konfidennya boleh buat dengan cepat. hanya add Arabic language di CP dah ready!
tapi rupanya kalau tambah arabic tiada baris, dan samalah dengan tulisan jawi :(, yang kastumer tu mahu tulisan al-quran yang lengkap dengan baris atas, baris bawah, depan dan lain2.
berpeluh juga aku hampir 2 jam untuk benda ni sahaja. tapi apa yang aku dapat ialah ilmu daripada itu. dan lagi satu aku dapat satu software Al-Quran in word, software ni memang bagus sebab lengkap dengan ayat al-quran beserta maksudnya dalam bahasa melayu dari Surah Al-Faatihah hingga An Naas.
kepada sesiapa yang ingin download boleh try disini
Tidak membzzz lagi

im coming.. setelah membzzz hampir seminggu, ini semua disebab oleh projek website ecommerce untuk tempat kerjaku.
sekarang hampir semua sudah setel, yang tinggal hanya tambah product dalam web. dalam aku membzzz hampir 4 biji website ecommerce telahku siapkan tapi semua kena reject disebabkan oleh sistemnya yang sedikit susah untuk begboos faham.
akhirnya aku pakai cubecart :) muehehehe... pedulilah yang penting memuaskan hati begboos, cubecart memang senang tapi tulang underlicence. kalau mau full terpaksa bayar.
nilah jadinya: www.tys.com.my




