29 Ogos 2007

8 Rahsia lelaki

1. lelaki tidak detail dalam percakapan

Contoh Kes : Kakaknye baru saja putus cinta. Biler
kite tanyer what's his commEnt dier just cakap;
mm..dah nak putus nak wat camne..."

ALaSan: Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki
tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.
Menurut seorang pakar, wanita boleh mengeluarkan
antara 6 hingga 8 ribu kata per hari. sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata
sahaja.


2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi

Contoh Kes : Kita sering tak menemui jawapan kenapa si
dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?


ALAsaN: Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai
bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,
seperti utk mengukur sudut pandang (angle), kecepatan
dan jarak. Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual VSA),
yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus
berburu utk mendapatkan makanan. Dan kalau hasil
mereka sedikit, mereka berasa macam tak ada pa pe
kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.


3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan
elektronik atau aksesori kereta.

Contoh Kes : Si dia rela keluarkan wang simpanan
utk menambah aksesori kete. tapi kenapa mereka
memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN: Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah
dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi
lelaki, benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan
menstimulasi area VSA otak mereka. Dgn demikian mereka
secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2
tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.

Contoh Kes : Dalam filem,sering kita lihat hero
mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.
Kenyataan nye? huh hampeh!!

AlAsan:Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan
hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik
ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu
dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran - itu
tanggapan org lelaki laa kan.


5.Lelaki tidak bergosip

Contoh Kes : Bila kita kata;"eh betul ke ni?" dia
pantas memoTong; pegi makan jom! dah lapar nie..."

AlasaN: Sebenanye lelaki juga bergosip. Tapi cara
dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga
tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat
situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,
biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.


6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Contoh Kes : LElaki jarang mengkritik ibu mereka, apa
lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi
kalau dia kata; eleh, macam tu pun tak reti buat? mak
i pejam mata pun boleh buat tau."

Alasan: Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita
ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar
mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang
tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.
Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa
ttg ibunya. TiTik!


7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,
cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Contoh Kes : Bosan! sekejap kejap dia ajak g petaling
street, kemudian kedai komik then sana,
sini...semata- mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,
lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka
sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal
diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar
kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi
mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah
prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.


8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt
pEndek(mini skiRt)- asalkan bukan kekasihnya.

Contoh Kes : Si dia memuji setinggi langit kaki
nicole kidman ketika memakai mini skirt. Tapi kalau gf
nya yg pakai, komennya ringkat saja; I tak suka ahh!!
tukar lain..! "Bengang kan...?

AlaSan: Bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol
kesuburan wanita. Kalau buah hati sendiri yang
mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang
lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan
sasaran mata lelaki-lelaki lain.

0 Komentar:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons