Memaparkan catatan dengan label Myself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Myself. Papar semua catatan

8 September 2008

tulis Al-Quran Dalam Office 2003

Hari ni satu cabaran yang amat getir aku telah tempuhi iaitu, seorang kastumer ingin menulis ayat ayat Al-quran dalam Microsoft word. First tu aku dengan konfidennya boleh buat dengan cepat. hanya add Arabic language di CP dah ready!

tapi rupanya kalau tambah arabic tiada baris, dan samalah dengan tulisan jawi :(, yang kastumer tu mahu tulisan al-quran yang lengkap dengan baris atas, baris bawah, depan dan lain2.

berpeluh juga aku hampir 2 jam untuk benda ni sahaja. tapi apa yang aku dapat ialah ilmu daripada itu. dan lagi satu aku dapat satu software Al-Quran in word, software ni memang bagus sebab lengkap dengan ayat al-quran beserta maksudnya dalam bahasa melayu dari Surah Al-Faatihah hingga An Naas.

kepada sesiapa yang ingin download boleh try disini

9 Ogos 2008

makan, minum, kerja

petang tadi incik sankai, mr alwis dan saya berjalan2 cari makan di dekat highway, banyak benda yang dibincangkan termasuklah skill bagaimana mengurat duit pakcik google.

kadang2 aku malas dengan pakcik google ni disebabkan beliau telah menonaktifkan akaun adsenseku, tapi bila mr alwis bagi tips semangatku kembali membuak2 untuk aktif semula dalam adsense.

berita baik punya, bos telah menerima seorang pekerja baru yang telah di rekomenkan oleh mr alwis, dan start esok ada seorang pekerja baru di TYS.

mulanya bigboz menanyakan mengenai pengalaman cik pekerja baru itu, seperti cik2 yang terdahulu interview, hanya perkara asas sahaja yang diketahui. tapi cik ni bernasib baik plak bigboz trus terima.

hehehe.. lepas ni bolehlah ikut gathering yang akan datang. kepada incik sankai Hatrick tidak akan berlaku.

19 Jun 2008

1st Tawau Blog Gathering

Gathering pertama untuk penulis blog daerah tawau akan diadakan.memang bestlah kalau ada aktiviti seperti ini, selain daripada meluaskan pengetahuan daripada aktiviti bertukar2 pendapat, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim.

tahniah buat penganjur :). aku rasa time gathering nanti mau pakai baju macam gambar diatas mesti gempak punya :) . ia juga menunjukkan identiti blog aku sebagai blog drakula. kweing kweng..

Tarikh: 28 Jun 2008 (Sabtu)
Jam: 5.00 PM Hingga Selesai
Tempat: Restoran Kayu Manis Bazhong Tawau
Boleh bawa : Wife/Husband/Anak/GF/BF <----- Dalam perancangan mau bawa Aspalela
Yuran: Belum Kompom <--------- Encik Allwis sponsor 100% hehehehe

untuk keterangan lebih mendalam silalah lawat blog sis maya

3 Mei 2008

apa erkk topiknya ni?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

18 April 2008

My Huobiesss

Working Day

firstly sampai tempat kerja mensti buka web hmetro.com.my bila shift afternoon.
alasan yang tidak seberapa kukuh: suka baca kolum permasalahan lelaki & wanita (tuuu...t)

bila shift pagi, hoobie yang tidak dapat dibendung walaupun bangun pukul 4 pagi mesti lambat.:( sudah banyak kali kena warning ni, tapi tak juga serik2
alasan yang paling munasabah: Bas lambat jalan macam kura2

Time rehat, paling suka duduk dibilik technician, suka lama2 sebab dapat imagin bila mo jadi kaya.
Alasan: bila aku mau jadi kaya nii...

Time pulangan (Bunyi lonceng), paling suka maki tu drive bila tidak datang ambil ikut masa yang ditetapkan.
Alasan paling tidak masuk akal: mau beli helikopter

26 Disember 2007

azam oh azam!

apa erk azam korang sempena tahun baru ni??
adakah azam korang tahun 2007 dah tercapai :)

kalau belum tercapai lagi baik sambung azam tu, tak baik banyak sangat azam buat pening kepala jerk nak settlekan. Azam aku tahun belum semuapun tercapai, tulah sebab banyak sangat azam aku. :( nak inilah nak itulah.. then last2 hampir tak tercapai semua.

tahun ni nak sambung azam tahun lalu jerk, biar otak bertungkus lumus untuk capainya.
------------------------------------------------------------------------------

teringat dulu time skolah rendah, masa tu darjah 4, cikgu ada tanya kalau besar nak jadi apa?
hihihi.. ada ramai gak kawan2 kelas yang bercita-cita nak jadi kerani :) ntahlah sama ada cita-cita dorang tercapai atau tak. tapi tulah kalau fikir balik napa plak dorang bercita-cita nak jadi kerani, jawapan yang paling ringkas saya bagi, dorang tengok kerani skolah lah!

jadi maknanya dorang ikut2 jerlah.. hehehe, maklumlah fikiran belum matang lagi!
so apa yang aku nak cakap kat sini apapun cita2 atau azam korang mestilah tulus dari hati korang, then keyakinan tu mesti ada, kalau tak tercapaipun tiada masalah sebab kita dah cuba!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons