29 November 2007

Oh Wanita

Wanita selalu berpura-pura dalam memperkatakan kesungguhan hatinya. Lelaki selalunya suka berterus-terang sehingga terlupa dirinya telah bercakap bohong demi kerana menunjukkan dirinya seorang yang serba kemampuan. wanita selalunya berpura-pura tetapi tidak mudah melatah dalam memperkatakan apa yangg hendak di sampaikannya. Sebab itu wanita amat sensitif dengan sikap lelaki yang berbohong apabila dia sudah mengetahuinya.

Kejelitaan seseorg wanita itu bukan sahaja terletak pada wajahnya sebaliknya ia terletak pada budi pekertinya, jiwanya dan kelembutannya sebagai seorang wanita. Senyuman yang menawan jua penyeri kejelitaan seseorang wanita itu. Sekalipun mempunyai wajah yang jelita, seandainya wajah tidak bersih dari niat buruk, maka wanita itu tidak cantik sebenarnya. Serikanlah kejelitaan dengan iman, takwa, kesopanan & keperibadian yang tulus.

0 Komentar:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons