12 Disember 2007

Coke




Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda jalanraya [Mcm pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team] akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, diorang pun guna ke? Korang di rumah diharap sila try kajian ini :-

Bende nih mase aku memula bace, tekejut gak. Ape taknye, dulu boleh kata dok hari-hari aku simbah masuk dlm tekak. Nk kata aku pecaya, tak sangatla. Tp taknak pecaya takleh gak kan. Aku pun blom test lagi bende-bende kat bawah ni. Ala.. kalau gosip kat majalah URTV, Mangga, Manggis, Najis tu apa semua cepat je kita pecaya kan. Apa salah kita try amek berat lak pada hal-hal yg mcm ni. Bende masuk dlm badan woo.. Lainla kalo 7 Eleven skang dah ada jual jantung dalam tin. Aku beli sepuloh.

Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.

Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian flush. Kesan kotoran akan hilang dari tindakan Citric Asid yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau Harpic dah habis.

Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

Untuk menghilangkan kesan corrosion atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. [Jimat.. Dah takyah guna WD40]

Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.

Bahan aktif Coke adalah Phosphoric Asid. Ia mempunyai pH 2.8 dan boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja & MajuSteel mesti suka ni.

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit Osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa pati Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Woahh... mesti buat Overhaul ni.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum. Wajib bersembur. Tapi try lak tambahkan Citric Asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Kirenya kena bodoh-bodohkan jela lidah ngan otak kita.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Mcm candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun Coca [Cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi yang dah tercabut dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam.

Kalau sapa yg tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke tu, sama jerla. Korang minum Caffein, bahan yang sama dalam air-air tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Maybe serangga tu semua mati sebab kena kencing manis kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama gi cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat, skru, cuci tandas, sembur serangga. Haish.. nasib baikla lately ni aku layan Pepsi jek. Tapi pikir-pikir balik.. same jela kot kan. Dah nama pun minuman berkarbonat. Cuma kat sini yg kecohnya cuma Coke jela sebab lagi banyak kegunaan dia berbanding brand lain.

0 Komentar:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons