28 September 2008

Tips mengenali wanita -Khas untuk lelaki

1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya
dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan
kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang
amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang
mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala
pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah
perempuan

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang.
Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan
khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan
bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat
berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat
mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu
penting dalam diri kamu dan diperlukan

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat
penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap
tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat
'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan
dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan
meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya.
Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah
masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka
dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka
berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan
berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam
membuat keputusan.


9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah
perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa
yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan
memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah
peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan
timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang
mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.
TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa
dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab
mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran,
toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan
ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri
kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka
cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

1 Komentar:

Gadisurga berkata...

hati ni susah nak dibaca.. kadang bukan hanya sekadar perhatian... manusia tak pernah puas..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons