26 Disember 2007

azam oh azam!

apa erk azam korang sempena tahun baru ni??
adakah azam korang tahun 2007 dah tercapai :)

kalau belum tercapai lagi baik sambung azam tu, tak baik banyak sangat azam buat pening kepala jerk nak settlekan. Azam aku tahun belum semuapun tercapai, tulah sebab banyak sangat azam aku. :( nak inilah nak itulah.. then last2 hampir tak tercapai semua.

tahun ni nak sambung azam tahun lalu jerk, biar otak bertungkus lumus untuk capainya.
------------------------------------------------------------------------------

teringat dulu time skolah rendah, masa tu darjah 4, cikgu ada tanya kalau besar nak jadi apa?
hihihi.. ada ramai gak kawan2 kelas yang bercita-cita nak jadi kerani :) ntahlah sama ada cita-cita dorang tercapai atau tak. tapi tulah kalau fikir balik napa plak dorang bercita-cita nak jadi kerani, jawapan yang paling ringkas saya bagi, dorang tengok kerani skolah lah!

jadi maknanya dorang ikut2 jerlah.. hehehe, maklumlah fikiran belum matang lagi!
so apa yang aku nak cakap kat sini apapun cita2 atau azam korang mestilah tulus dari hati korang, then keyakinan tu mesti ada, kalau tak tercapaipun tiada masalah sebab kita dah cuba!

17 Disember 2007

Cintagila mPOWERED music Code



Untuk pengunjung yang ingin blog mereka berlatarkan music anda boleh copy code ini
dan letak di sidebar



untuk tajuk lagu yang dinginkan, anda boleh mesej saya di ruangan sembang-sembang

13 Disember 2007

Sekadar Renungan



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

12 Disember 2007

Coke




Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda jalanraya [Mcm pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team] akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, diorang pun guna ke? Korang di rumah diharap sila try kajian ini :-

Bende nih mase aku memula bace, tekejut gak. Ape taknye, dulu boleh kata dok hari-hari aku simbah masuk dlm tekak. Nk kata aku pecaya, tak sangatla. Tp taknak pecaya takleh gak kan. Aku pun blom test lagi bende-bende kat bawah ni. Ala.. kalau gosip kat majalah URTV, Mangga, Manggis, Najis tu apa semua cepat je kita pecaya kan. Apa salah kita try amek berat lak pada hal-hal yg mcm ni. Bende masuk dlm badan woo.. Lainla kalo 7 Eleven skang dah ada jual jantung dalam tin. Aku beli sepuloh.

Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.

Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian flush. Kesan kotoran akan hilang dari tindakan Citric Asid yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau Harpic dah habis.

Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

Untuk menghilangkan kesan corrosion atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. [Jimat.. Dah takyah guna WD40]

Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.

Bahan aktif Coke adalah Phosphoric Asid. Ia mempunyai pH 2.8 dan boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja & MajuSteel mesti suka ni.

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit Osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa pati Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Woahh... mesti buat Overhaul ni.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum. Wajib bersembur. Tapi try lak tambahkan Citric Asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Kirenya kena bodoh-bodohkan jela lidah ngan otak kita.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Mcm candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun Coca [Cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi yang dah tercabut dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam.

Kalau sapa yg tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke tu, sama jerla. Korang minum Caffein, bahan yang sama dalam air-air tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Maybe serangga tu semua mati sebab kena kencing manis kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama gi cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat, skru, cuci tandas, sembur serangga. Haish.. nasib baikla lately ni aku layan Pepsi jek. Tapi pikir-pikir balik.. same jela kot kan. Dah nama pun minuman berkarbonat. Cuma kat sini yg kecohnya cuma Coke jela sebab lagi banyak kegunaan dia berbanding brand lain.

11 Disember 2007

DEWA 19 - CELCOM MALAYSIA TOUR 2007



Fuhhyoo! akhirnya dewa datang juga ke sabah buat consert. mungkin nilah first time dewa datang ke sabah. apapun welcome to you all.

Disabah ni memang ramai fans dewa tapi tulah just minat from lagu2 jerlah sebab tak pernah lagi bersua muka dengan dorang ni. then sekarang ni nak datang ke Kota kinabalu (KK) so apalagi nilah peluang keemasan untuk berjumpa dengan dorang.

Walaupun KK dengan tawau sangat jauh tapi itu tidak menjadi penghalang untuk fans dari tawau untuk pergi kk semata2 untuk konsert tu.

Salut buat DEWA, lepas ni harap2 boleh datang tawau plak buat konsert. Tawau ni memang ramai gak yang minat dewa.

Apapun, semoga dewa sukses buat konsert di KK nanti.:)

8 Disember 2007

Hacking by indonesian hacker

hari ni sampai jer di tempat kerja terus buka internet. sambil tu buat network cable yang customer pesan kelmarin.

setiap haripun mesti first jumpa uncle google dulu, search apa2 jelah yang patut, tapi hari ni terjumpa plak benda ni.



wahh.. apa sudah jadi ni kenapa harus godam! :( apalah salahnya web http://www.smtputeritemerloh.edu.my/ kena hacking. web tu cuma web informasi sekolah sahaja tiada apa2 yang menyalahi.

isk2 memang aku tak faham. masalah kecilpun dijadikan masalah besar.

5 Disember 2007

Aidil Adha


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons